Thursday, June 30, 2011

Hobi-Hobi Saya

Hobi-hobi saya adalah bermain badminton dan membaca buku. Selepas selesai membuat kerja sekolah, saya dan kawan-kawan saya akan berjumpa berdekatan dengan rumah saya untuk bermain badminton bersama-sama.

Kami akan bermain sama-sama sehinggalah pada pukul lapan malam. Jikalau kawan-kawan saya tidak boleh bermain bersama-sama, saya akan bermain badminton bersama adik-beradik saya. Bukan sahaja saya dan adik-beradik boleh bermain bersama tetapi boleh merapatkan hubungan kami.

Hobi saya juga adalah membaca buku. Saya akan ke perpustakaan setiap hari jumaat selepas sekolah. Saya akan ke sana bersama kawan-kawan saya. Kami berada di sana untuk dua jam. Saya selalunya suka membaca buku cerita hantu kerana ia sangat menyeramkan dan juga menarik.

Saya telah memasuki pertandingan untuk menulis sebuah karangan. Saya telah menulis sebuah karangan tentang cerita hantu. Saya berasa takut kerana ramai yang lebih tua daripada saya telah memasuki pertandingan itu. Bagaimanapun saya mendapat tempat kedua bagi pertandingan menulis sebuah karangan. Saya berasa bangga dengan diri saya dan juga keluarga saya.

163 perkataan

Seorang Sahabat Baik Saya

Sahabat baik saya bernama Aisyah. Saya mula bersahabat dengannya ketika saya memasuki darjah satu. Pada waktu itu saya berasa takut kerana saya tidak mengenali sesiapa pun. Bila tiba waktu rehat, saya mula berbual dengan Aisyah dan kami makan bersama.

Sejak dari hari itu, kita menjadi sahabat baik. Dia tinggal tidak jauh dari rumah saya. Kadang-kadang saya ke rumahnya untuk membuat kerja sekolah bersama-sama. Daripada darjah satu sehinggalah ke darjah enam kami tidak pernah berpisah sehinggakan keluarga saya and keluarganya menjadi rapat.

Tetapi suatu hari, ibu Aisyah memberitahu ibu saya bahawa bapa Aisyah mendapat tawaran untuk bekerja di luar negara. Saya berasa sedih untuk berpisah dengan Aisyah. Kini saya hanya dapat berhubungi dengan Aisyah melalui internet sahaja. Kami akan berbual tentang sekolah atau tentang cuti sekolah. Walaupun begitu kami tetap menjadi sahabat menjadi sahabat baik saya.

137 perkataan

Keluarga

Dalam membentuk sebuah kehidupan keluarga yang bahagia. Semua yang berada di dalam rumah memainkan peranan yang penting.

Seorang ayah yang menjadi ketua di dalam sebuah keluarga haruslah memberi contoh yang baik kepada ahli keluarga yang lain. Selain bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Dia juga harus pandai membagikan masa untuk bersama keluarganya. Juga harus pandai membimbing mereka tentang ilmu dunia dan akhirat.

Untuk mengukahkan lagi, keuwangan keluarga ada setengah ibu-ibu harus keluar bekerja. Ibu juga banyak berkorban masa untuk keluarga selain bekerja, dia harus menguruskan keluarga agar keluarganya dapat menikmati-menikmati makanan yang bermutu dan pakaian bersih dan sempurna.

Anak-anak juga harus mematuhi kedua ibu bapa. Meraka harus tahu untuk menjaga hati orang tua dan membuat mereka bangga. Hubungan rapat, bertolak ansur dan antara memahan satu sama lain adalah amat penting agar kehidupan sebuah keluarga akan kekal bahagia. Anak amat juga akan dapat menjalani kehidupan yang sihat di dalam mahupun di luar rumah.

153 perkataan

Binatang Peliharaan Saya

Binatang peliharaan saya ialah seekor kucing. Sebenarnya kucing itu telah saya jumpa di dalam longkang sewaktu berjalan pulang dari sekolah. Saya mengambilnya dan membawanya pulang. Saya membersihkannya dan memberi susu. Oleh kerana kucing ini masih terlalu kecil, saya terpaksa menggunakan sudu untuk menyuapnya.

Kini sudah hampir satu tahun kucing itu tinggal bersama kami. Ia sudah seperti sebahagian dari keluarga kami. Ia sangat manja dan selalu tidur di dalam bilik saya. Walaupun kucing ini hanyalah kucing biasa tetapi bulunya sangat cantik dan bersih.

Suatu hari, saya terbaca di dalam sebuah majalah tentang pameran kucing. Saya pun lalu mendaftar untuk kucing saya. Tetapi kucing saya tidak boleh mengambil bahagian kerana pameran itu ialah untuk kucing yang dari luar negara. Saya amat kecewa.

Pada waktu pameran itu, saya tetap pergi bersama kucing saya hanyalah untuk menonton. Sungguh tidak sangka, ramai yang memuji kucing saya kerana bulunya yang sangat cantik dan juga kerana ia sangat comel.

152 perkataan.