Thursday, June 30, 2011

Hobi-Hobi Saya

Hobi-hobi saya adalah bermain badminton dan membaca buku. Selepas selesai membuat kerja sekolah, saya dan kawan-kawan saya akan berjumpa berdekatan dengan rumah saya untuk bermain badminton bersama-sama.

Kami akan bermain sama-sama sehinggalah pada pukul lapan malam. Jikalau kawan-kawan saya tidak boleh bermain bersama-sama, saya akan bermain badminton bersama adik-beradik saya. Bukan sahaja saya dan adik-beradik boleh bermain bersama tetapi boleh merapatkan hubungan kami.

Hobi saya juga adalah membaca buku. Saya akan ke perpustakaan setiap hari jumaat selepas sekolah. Saya akan ke sana bersama kawan-kawan saya. Kami berada di sana untuk dua jam. Saya selalunya suka membaca buku cerita hantu kerana ia sangat menyeramkan dan juga menarik.

Saya telah memasuki pertandingan untuk menulis sebuah karangan. Saya telah menulis sebuah karangan tentang cerita hantu. Saya berasa takut kerana ramai yang lebih tua daripada saya telah memasuki pertandingan itu. Bagaimanapun saya mendapat tempat kedua bagi pertandingan menulis sebuah karangan. Saya berasa bangga dengan diri saya dan juga keluarga saya.

163 perkataan

No comments:

Post a Comment