Thursday, June 30, 2011

Binatang Peliharaan Saya

Binatang peliharaan saya ialah seekor kucing. Sebenarnya kucing itu telah saya jumpa di dalam longkang sewaktu berjalan pulang dari sekolah. Saya mengambilnya dan membawanya pulang. Saya membersihkannya dan memberi susu. Oleh kerana kucing ini masih terlalu kecil, saya terpaksa menggunakan sudu untuk menyuapnya.

Kini sudah hampir satu tahun kucing itu tinggal bersama kami. Ia sudah seperti sebahagian dari keluarga kami. Ia sangat manja dan selalu tidur di dalam bilik saya. Walaupun kucing ini hanyalah kucing biasa tetapi bulunya sangat cantik dan bersih.

Suatu hari, saya terbaca di dalam sebuah majalah tentang pameran kucing. Saya pun lalu mendaftar untuk kucing saya. Tetapi kucing saya tidak boleh mengambil bahagian kerana pameran itu ialah untuk kucing yang dari luar negara. Saya amat kecewa.

Pada waktu pameran itu, saya tetap pergi bersama kucing saya hanyalah untuk menonton. Sungguh tidak sangka, ramai yang memuji kucing saya kerana bulunya yang sangat cantik dan juga kerana ia sangat comel.

152 perkataan.

No comments:

Post a Comment