Thursday, June 30, 2011

Seorang Sahabat Baik Saya

Sahabat baik saya bernama Aisyah. Saya mula bersahabat dengannya ketika saya memasuki darjah satu. Pada waktu itu saya berasa takut kerana saya tidak mengenali sesiapa pun. Bila tiba waktu rehat, saya mula berbual dengan Aisyah dan kami makan bersama.

Sejak dari hari itu, kita menjadi sahabat baik. Dia tinggal tidak jauh dari rumah saya. Kadang-kadang saya ke rumahnya untuk membuat kerja sekolah bersama-sama. Daripada darjah satu sehinggalah ke darjah enam kami tidak pernah berpisah sehinggakan keluarga saya and keluarganya menjadi rapat.

Tetapi suatu hari, ibu Aisyah memberitahu ibu saya bahawa bapa Aisyah mendapat tawaran untuk bekerja di luar negara. Saya berasa sedih untuk berpisah dengan Aisyah. Kini saya hanya dapat berhubungi dengan Aisyah melalui internet sahaja. Kami akan berbual tentang sekolah atau tentang cuti sekolah. Walaupun begitu kami tetap menjadi sahabat menjadi sahabat baik saya.

137 perkataan

No comments:

Post a Comment